BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Banner

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.
Saya harap anda telah menunaikan segala suruhan Allah supaya saham akhirat kita semua tidak terdapat cacat cela.
Walau di mana pun kita berada, janganlah tinggal suruhan ALLAH.
Terima Kasih kerana memberi kerjasama yang baik.
~May Allah bless you all~

p/s : gunakan google chrome untuk mendapatkan preview yang terbaik.tq
Showing posts with label Maklumat sekolah. Show all posts
Showing posts with label Maklumat sekolah. Show all posts

16 December 2009

LENCANA SEKOLAH


Lambang-lambang pada lencana sekolah

Buku:

Lambang ketinggian ilmu pengetahuan

Lilin:

Cahaya penyuluh jiwa

Dua gelang berbentuk heksagon:

12 orang tenaga pengajar berkhidmat di Sekolah Menengah Sungai Burong

Padi:

Pelajar-pelajar terdiri daripada anak-anak petani yang bersawah padi

---------------------------------------------------------------------------------------------

Warna-warna pada lencana sekolah

Merah: Keberanian

Biru: Perpaduan

Kuning: Raja

Putih: Kesucian

PIAGAM PELANGGAN

Penyayang,prihatin,pembimbing untuk merealisasikan visi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan berbudi pekerti tinggi,maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan hak –hak pelanggan kamiseperti berikut:-

Kepada pelajar:

Memberi peluang serta layanan yang adil kepada semua pelajar untuk memperkembangkan potensi diri melalui pendidikan dan prasarana yang berkualiti.

Kepada guru dan staf:

Menyediakan suasana kerja yang selesa dan memberangsangkan untuk melahirkan guru dan pekerja yang berdedikasi ,kreatif dan inovatif.

Kepada ibu bapa,penjaga dan masyarakat:

Memberi layanan yang mesra dan cekap di samping prihatin terhadap sebarang pandangan dan maklum balas.

Visi, Misi dan Motto SMSB

VISI SMKSB

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong Sekolah Gemilang Menjelang 2011

MISI SMKSB

Melaksanakan proses pendidikan yang berkualiti (selaras dengan standard kualiti dan pendidikan malaysia) dengan menggembleng kekuatan semua guru, kakitangan sokongan dan kemudahan fizikal sedia ada untuk memajukan potensi setiap pelajar agar mereka dapat melalui kehidupan yang sejahtera pada masa hadapan

MOTTO SMKSB

BERUSAHA KE ARAH BERILMU

LAGU SEKOLAH


SMSB yang di cinta

Gedung ilmu yang utama

Jadi harapan semua

Putra putri setia


Sekolah kami yang tercinta

Penyinar dalam kegelapan

Pengisi kekosongan jiwa

Penyedar nadi harapan


Pemupuk dan penyedar rasa

Menuju cita jaya

Belajar tekun sepenuh usaha

Tak gentar pancaroba


Berkhidmat dan berjasa

Usaha hingga maju

SMSB terus berjaya

Usaha ke arah ilmu

SEJARAH SEKOLAH DAN NAMA PENGETUA

SMK Sungai Burong (SMKSB) telah dibina pada tahun 1983,hasil usaha pengasasnya iaitu Tuan Haji Ahmad bin Ramli,Ketua Kampung Batu 12,Sungai Burong.Pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan ini amat diperlukan kerana pelajar lepasan sekolah rendah di kawasan ini terpaksa menyambung pelajaran peringkat menengah di sekolah yang terdapat di pekan Tanjong Karang.

Ketika sekolah ini mula beroperasi iaitu pada tahun 1984,bilangan pelajarnya ialah 200 orang dan bilangan gurunya 12 orang.Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Hamzah bin Hussin(Januari 1984 – Ogos 1987).Pada 1 Januari 1998,SMKSB telah menjadi sekolah gred A kategori luar bandar.Memandangkan bilangan pelajarnya yang semakin bertambah dari tahun ke tahun,sebuah bangunan tambahan baharu telah siap dibina pada tahun 1999.

SMK Sungai Burong telah dirasmikan pada 15 Ogos 1998 oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Dato’Seri Najib Tun Razak setelah hampir 14 tahun beroperasi.

SENARAI NAMA PENGETUA

SMK SUNGAI BURONG

45500 TANJONG KARANG

SELANGOR DARUL EHSAN


BIL

NAMA PENGETUA

TEMPOH

PERKHIDMATAN

1

EN.MOHD HAMZAH BIN HUSSIN

O1.01.1984 – 31.08.1987

2

EN.ZAINAL ABIDIN BIN SENAPI

16.09.1987 – 15.01.1992

3

EN.AYOB BIN SUMERI

16.01.1992 – 30.01.1993

4

EN.MOHD SARAWANI BIN KAIMI

01.12.1993 – 16.01.1998

5

EN.MOHD HAMZAH BIN MD JAMIL

01.04.1998 – 14.06.2001

6

EN.MOHD SARAWANI BIN KAIMI

16.08.2001 – 15.12.2005

7

PUAN SALMAH BINTI MOHD YASSIN

6.12.2005 –

31.03.2008

8

PUAN MARPUATON BINTI SASTERO

01.04.2008 - SEKARANG